Seperti yang semua sedia maklum, zakat adalah satu kewajipan umat Islam. Kegagalan memahami konsep asas tajuk ini akan menyebabkan pelajar tidak menghayati dan tidak mengamalkan amalan berzakat, terutama selepas kewajipan zakat menjadi tanggungjawab mereka satu hari nanti. Ini kerana kewajipan berzakat tidak kurang berbanding dengan kewajipan bersolat, sehingga Allah SWT sentiasa mendampingkan arahan kewajipan bersolat dalam al-Quran dan disusuli dengan kewajipan membayar zakat. Saidina Abu Bakar sendiri, apabila mengambil alih tugas sebagai khalifah Rasulullah, bertindak untuk memerangi kampung dan kabilah yang enggan membayar zakat. Ini menunjukkan kepentingan pelajar untuk memahami tajuk ini.
Memahami kepentingan ini, maka kurikulum zakat disusun dan dirangkum dalam silibus Pendidikan Islam bagi menyediakan pelajar yang memahami kewajipan berzakat dalam Islam. Ia diletakkan di bawah tajuk Zakat Harta dalam Pendidikan Islam tingkatan 3. Ia terletak dalam bidang Ibadah. Ia merupakan tajuk terakhir ibadah dalam Pendidikan Islam menengah rendah.
Ringkasan silibus Zakat Harta boleh dibaca daripada slide di bawah.
Slide tersebut boleh dimuatturun di sini.
No comments:
Post a Comment