Ezzy Zakat adalah bahan bantu mengajar yang direka khas bagi memudahkan para guru Pendidikan Islam ataupun pendidik bagi mengajar konsep Zakat Harta kepada pelajar.
Ia direka berbentuk permainan bagi memudahkan pembelajaran kendiri (self-learning) diadakan di kalangan pelajar secara sukarela, tanpa paksaan dan menggembirakan (fun-learning). Selain itu, ia turut dilengkapkan dengan soalan-soalan kuiz, di mana jawapannya memerlukan pelajar mengakses menggunakan kod QR. Ia adalah teknologi terkini dan semakin mendapat tempat dalam dunia pendidikan dan mungkin menjadi pemangkin kepada mobile-learning (m-learning), iaitu menggunakan wasilah telefon pintar.
No comments:
Post a Comment